Monday, April 27, 2009

KOLAM MEMANCING SEBARE





Kolam SEBARE di buka secara rasminya pada 19 Julai 2008. Terletak di tanah milik sendiri seluas 3 ekar, kolam bersaiz 150 kaki x 45o kaki dengan kedalaman air 6 kaki. Pengalaman memancing di kolam ini akan membuat anda berasa selesa dengan kebersihan serta keindahan landscap yang menghijau.

Di sekeliling kolam, disediakan pondok pemancing yang dilengkapi dengan pili air untuk membancuh umpan serta mencuci tangan. Jangan bimbang sekiranya anda datang sehelai sepinggang kerana di SEBARE ada disediakan joran untuk di sewa serta pelbagai umpan ada di jual.

Di SEBARE, kami mengalu-alukan kedatangan pemancing bersama keluarga serta anak-anak kecil. Di SEBARE juga disediakan MINI ZOO di mana terdapat 'Rabbit Farm' burung merak, kucing bengal, Parsi, monyet dan sebagainya untuk menjadi hiburan kepada anak-anak anda...
Semoga pengalaman anda di SEBARE akan menjadi kenangan yang manis dan sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, silalah majukan terus kepada pihak pengurusan...