Melangkah masuk ke KOLAM SEBARE, anda akan terpegun dengan kebersihan serta keindahan landskap yang menghijau. Ini merupakan satu-satunya kolam memancing yang diuruskan secara profesional. Terletak di kawasan seluas tiga ekar, kolam memancing bersaiz 450 kaki x 150 kaki dengan kedalaman air 6 kaki.
Mula beroperasi pada 19 Julai 2008, pembinaannya memakan masa hampir 6 bulan. Dengan menggunakan 'Excavator Hitachi' kerja-kerja pengorekan dimulakan pada bulan Februari 2008. Kawasan yang asalnya penuh dengan semak samun dan tidak pernah diterokai.
Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Jurutera Awam selama 15 tahun, pemilik kolam tidak mempunyai masalah untuk mereka bentuk kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolam ini. Semua bangunan menggunakan kerangka besi dan dikemaskinikan dengan lepaan bata.
Rumput serta pokok-pokok di tanam serta pokok-pokok yang sedia ada dikekalkan sebanyak mungkin untuk mengindahkan lagi landskap. Masalah besar yang menghalang kelancaran pembinaan adalah tiadanya jambatan merentasi sungai. Ini menyebabkan segala bahan pembinaan terpaksa di tolak menggunakan tenaga kerja. Di samping itu, banjir besar yang berlaku pada bulan April mengakibatkan sebahagian kolam pecah dan tanah terpaksa di tambak semula.