Sunday, April 26, 2009

BAYARAN

2 Jam pertama - RM 12.00
Jam berikutnya - RM 6.00/sejam

Pakej 4 Jam - RM 20.00
Pakej Malam (11mlm - 7 pagi) - RM 30.00
Pakej Malam (12mlm - 7 pagi) - RM 25.00
Pakej Malam (1 pagi - 7 pagi) - RM 20.00

Monday, March 30, 2009

LOKASI SEBARE

SEBARE adalah ringkasan dari Kampung SEsapan BAtu REmbau iaitu lokasi kolam ini. Terletak di Pekan Beranang Selangor, kira-kira 45 minit pemanduan dari KLCC.
Perjalanan dari Kuala Lumpur boleh melalui LEKAS highway dan keluar ke simpang menuju pekan SEMENYIH. Dari Semenyih, jalan terus sehingga bertemu Bandar KESUMA.

Belok ke kiri melalui jalan Kg Sesapan Batu Rembau. Anda akan sampai ke Kolam Sebare yang terletak di sebelah kanan jalan.

SPESIS & KEMASUKAN IKAN

Spesis ikan yang terdapat di kolam SEBARE adalah seperti Tongsan Sisik Halus, Tongsan Sisik Kasar, Patin, Rohu, Baung, Talapia, Pacu, Jelawat dan Keli Afrika.

Raja kolam merupakan 4 ekor Tongsan Sisik Halus seberat 20 kilo lebih seekor disamping Patin dan Pacu yang beratnya melebihi 8 kilo seekor.

Ikan yang didatangkan dari Johor, Perak, Pahang dan Selangor ini dimasukkan ke dalam kolam sebanyak dua kali seminggu. Carta kemasukan ikan ada dipaparkan di kaunter pancing.



PEMBINAAN KOLAM SEBARE


Melangkah masuk ke KOLAM SEBARE, anda akan terpegun dengan kebersihan serta keindahan landskap yang menghijau. Ini merupakan satu-satunya kolam memancing yang diuruskan secara profesional. Terletak di kawasan seluas tiga ekar, kolam memancing bersaiz 450 kaki x 150 kaki dengan kedalaman air 6 kaki.

Mula beroperasi pada 19 Julai 2008, pembinaannya memakan masa hampir 6 bulan. Dengan menggunakan 'Excavator Hitachi' kerja-kerja pengorekan dimulakan pada bulan Februari 2008. Kawasan yang asalnya penuh dengan semak samun dan tidak pernah diterokai.

Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Jurutera Awam selama 15 tahun, pemilik kolam tidak mempunyai masalah untuk mereka bentuk kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolam ini. Semua bangunan menggunakan kerangka besi dan dikemaskinikan dengan lepaan bata.

Rumput serta pokok-pokok di tanam serta pokok-pokok yang sedia ada dikekalkan sebanyak mungkin untuk mengindahkan lagi landskap. Masalah besar yang menghalang kelancaran pembinaan adalah tiadanya jambatan merentasi sungai. Ini menyebabkan segala bahan pembinaan terpaksa di tolak menggunakan tenaga kerja. Di samping itu, banjir besar yang berlaku pada bulan April mengakibatkan sebahagian kolam pecah dan tanah terpaksa di tambak semula.